Firma Malaysia Akan Turut Sama Membantu Pembangunan Permainan PlayStation Tahun Hadapan

Firma Malaysia Akan Turut Sama Membantu Pembangunan Permainan PlayStation Tahun Hadapan

Reading Time: 2 minutes

Hasil kerjasama Kerajaan Malaysia dan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS).

Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) untuk mewujudkan studio Asia Tenggara pertama di Malaysia tahun depan bagi syarikat utama industri permainan video global itu.

loading...

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata kerjasama itu merupakan pengiktirafan besar terhadap Malaysia sebagai nadi industri permainan video di rantau ini. Dengan penubuhan studio itu, Malaysia akan bekerjasama rapat dengan SIE WWS untuk mencipta lebih banyak peluang kepada pembangun  industri permainan video tempatan dan rantau ini.

Ia diumumkan beliau di acara Level Up KL 2019 yang berlangsung semalam.

loading...

Level Up KL 2019 merupakan acara industri utama Asia Tenggara bagi pembangun permainan video anjuran Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC).

Acara tahunan Level Up KL merupakan sebahagian mandat MDEC untuk menerajui ekonomi digital Malaysia menerusi pertumbuhan industri permainan video negara.

Matlamatnya adalah mewujudkan platform untuk pemain permainan video, pembangun permainan video, korporat dan e-sukan, bagi membolehkan semua pihak memanfaatkan pasaran hiburan terbesar itu sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi utama Malaysia.

loading...

Level Up KL 2019 berlangsung dari 2 hingga 10 Nov ini dengan menampilkan pelbagai aktiviti dari dan untuk industri permainan video Asia Tenggara serta orang ramai.

Jadi dengan kerjasama SIE WWS ia akan dapat  memastikan pertumbuhan pesat industri permainan video di negara ini dapat disokong. Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios Malaysia Sdn Bhd (SIE WWS Malaysia) akan menyediakan perkhidmatan hasil seni dan animasi sebagai sebahagian aktiviti SIE WWS bagi membangunkan judul eksklusif global bagi platform PlayStation.

Gobind juga berkata, Dasar Ekosistem Kreatif Digital (DICE) yang bertujuan memantapkan ekosistem kandungan digital dan membolehkan lagi kemajuan penyelidikan pasaran serta pembangunan kandungan baharu di Malaysia pada masa sama akan dapat meningkatkan potensi eksport produksi berkenaan yang akan menumpukan pengukuhan industri kandungan digital pada tahun depan.

loading...

Ketika ini, landskap domestik mempunyai 53 studio dengan kebanyakannya membangunkan permainan video tempatan dan mencipta harta intelek selain membimbing bakat untuk projek tempatan dan antarabangsa.

Sumber: Bernama

The post Firma Malaysia Akan Turut Sama Membantu Pembangunan Permainan PlayStation Tahun Hadapan appeared first on WISER.MY.

loading...

Sumber diambil daripada https://wiser.my/firma-malaysia-akan-turut-sama-membantu-pembangunan-permainan-playstation-tahun-hadapan/
Author: ariff bukhari

loading...
loading...